KELAB KEBUDAYAAN BARATHAM
atau nama singkatannya (KKB) merupakan sebuah kelab kebudayaan di bawah naungan Angkatan Anak Seni (AKASIA) Universiti Malaysia Terengganu.
Kelab Kebudayaan Baratham menjadi penaung kepada semua pelajar india yang menuntut di Universiti Malaysia Terengganu. Selain memperkenalkan budaya masyarakat India kepada mahasiswa – mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu, kelab ini sentiasa berusaha mengharumakan nama universiti di area tempatan dengan menganjurkan pelbagai aktiviti yang melibatkan penglibatan menyeluruh semua warga universiti.
Antara yang masih segar dalam kenangan adalah Malam Kebudayaan India 2008, Citrawarna 2008, Program Bakti Siswa 2009, dan Malam Kebudayaan India 2009.
Baratham@blogspot merupakan satu pendekatan baru untuk memberikan informasi terkini mengenai aktiviti kelab dan juga pelbagai informasi lain yang bermanfaat....